Mengaku terima suntikan vaksin 16 kali, lelaki turut dibayar sehingga RM200 - Utusan Malaysia

Mengaku terima suntikan vaksin 16 kali, lelaki turut dibayar sehingga RM200

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI SELATAN: Seorang lelaki mendakwa sudah menerima suntikan vaksin sebanyak 16 kali dengan menerima bayaran antara 100,000 hingga 800,000 rupiah (RM29-RM235) untuk sekali vaksin.

Lapor Kompas.com, Abdul Rohim, 49, yang berasal dari Bengnge, Kecamatan Watang Sawitti, Pinrang bekerja sebagai buruh bangunan.

Menerusi rakaman sebuah video, lelaki itu mengaku sudah 14 kali divaksin untuk orang lain.

Susulan itu, Ketua Unit Jenayah Polis Pinrang, Deki Marizaldi berkata, pihaknya masih berusaha mengumpulkan maklumat mengenai video tersebut.

Selain itu, pihaknya juga sudah melakukan penyelarasan dengan Pasukan Covid-19 Pinrang.

“Kami masih melakukan pemantauan dan mencari identiti dan apakah motif Abdul Rahim berkata demikian,” katanya.

Berdasarkan berita yang tersebar, lelaki itu difahamkan mempunyai masalah jiwa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya