Mawar merah masih mekar selepas letusan Gunung Semeru - Utusan Malaysia

Mawar merah masih mekar selepas letusan Gunung Semeru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Ketika gunung berapi di Gunung Semeru, Lumajang, meletus Sabtu lalu sehingga mengakibatkan 34 nyawa terkorban serta banyak kediaman dan kenderaan musnah terbakar, sekuntum mawar merah ditemukan masih kembang mekar.

Lapor Suara.com, keajaiban alam itu disedari oleh Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa di sekitar kawasan bencana.

Bunga mawar merah itu masih kembang dengan sempurna di tengah-tengah aliran debu dan lahar gunung berapi.

Foto bunga tersebut diambil semasa aktiviti tinjauan kesan letusan gunung berapi yang disertai sukarelawan di Dusun Curah Kobokan.

Khofifah berharap mawar merah itu menjadi simbol kebangkitan dan semangat bagi penduduk setempat.

“Semoga semangat masyarakat Lumajang untuk bangkit segera seperti mekarnya mawar ini, tetapi optimis dan yakin, walaupun baru ditimpa musibah,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya