Masjid di utara Perancis diarah tutup gara-gara khutbah Jumaat - Utusan Malaysia

Masjid di utara Perancis diarah tutup gara-gara khutbah Jumaat

THE Great Mosque of Beauvais terletak di utara Perancis.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Sebuah masjid di utara Perancis di Oise diarah tutup selepas khutbah yang disampaikan oleh seorang imam didakwa mengandungi unsur radikal dengan mengeluarkan seruan ‘mempertahankan jihad’.

Lapor BBC, masjid yang terletak di bandar Beauvais akan ditutup selama enam bulan serta-merta.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, khutbah tersebut difahamkan mengandungi ucapan kebencian dan keganasan serta menggelar pengganas sebagai ‘hero’.

Susulan itu, Perancis melakukan penggeledahan di rumah ibadat milik penganut islam yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti keganasan.

Dua minggu lalu, Menteri Dalam Negeri, Gerald Darmanin berkata, pihaknya mula menutup Great Mosque of Beauvais, yang terletak 100 kilometer di utara Perancis kerana khatib yang menyampaikan khutbah mensasarkan golongan ‘Kristian, homoseksual dan Yahudi’.

Oleh itu, pihak berkuasa memberi tempoh selama 10 hari kepada pihak masjid untuk memberikan maklum balas.

AFP memetik laporan akhbar tempatan, Courier Picard bahawa imam tersebut baru sahaja memeluk Islam.

Sementara itu, peguam bagi persatuan yang menguruskan masjid memaklumkan peringatan yang disampaikan oleh imam tersebut diambil dari ‘luar konteks’ sebenar.

Jelasnya, imam tersebut yang bercakap ‘atas dasar sukarela’ digantung tugas akibat insiden tersebut.

Tahun lalu, Darmanin mengumumkan tindakan keras terhadap masjid yang mempunyai kaitan pelampau dengan memaklumkan sebahagiannya boleh ditutup jika didapati menggalakkan ‘separatisme’.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan sudah menyiasat sekitar 100 masjid dan surau dari jumlah keseluruhan sebanyak 2,620 lokasi berhubung ekstremisme yang berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya