Pejabat Perdana Menteri Malaysia sasaran penggodam China - Utusan Malaysia

Pejabat Perdana Menteri Malaysia sasaran penggodam China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Penggodam China sepanjang tahun ini didakwa menyasarkan organisasi tentera dan awam di beberapa negara Asia Tenggara, terutamanya negara yang ada kaitan dengan tuntutan wilayah atau projek infrastruktur strategik, jelas firma keselamatan siber yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) dalam siasatan baharu.

Bangkok Post yang memetik Bloomberg News melaporkan, Malaysia, Indonesia dan Vietnam merupakan tiga negara sasaran utama sejak sembilan bulan lalu, kata Insikt Group, cabang penyelidikan ancaman Recorded Future di Massachusetts.

Penggodam itu juga menyasarkan beberapa negara lain termasuk Filipina, Laos, Kemboja dan Thailand.

“Kempen pencerobohan yang dikenal pasti menyokong matlamat strategik utama China, seperti mengumpulkan maklumat risikan mengenai negara terlibat dalam pertikaian wilayah Laut China Selatan atau berkaitan dengan projek dan negara yang penting secara strategik kepada Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) diasaskan China,” jelas Insikt Group dalam laporannya.

Penggodam itu memberi tumpuan kepada Pejabat Perdana Menteri Thailand dan Malaysia; Kementerian Hal Ehwal Luar Indonesia dan Malaysia; serta tentera mereka.

Insikt menambah, pihaknya telah memaklumkan semua negara terlibat pada Oktober lalu.

China bertindak menafikan penemuan Insikt.

China sebelum ini menolak laporan Recorded Future, termasuk penemuan pada September lalu bahawa penggodam tajaan kerajaan China dipercayai menyusup dan berkemungkinan mencuri data daripada agensi kerajaan India yang bertanggungjawab untuk pangkalan pengenalan negara.

Pada Mei, Insikt berkata, ia mengenal pasti aktiviti pencerobohan rangkaian tajaan kerajaan China yang disyaki menyasarkan ‘telekomunikasi, kerajaan dan organisasi milik kerajaan di Laos’.

Katanya, kedua-dua Jawatankuasa Kebangsaan Laos bagi Zon Ekonomi Khas dan Pangkalan Data Perusahaan Nasional dikenal pasti sebagai sasaran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya