PORT-AU-PRINCE: Sekurang-kurangnya 40 orang maut selepas sebuah lori tangki minyak meletup di bandar Cap-Haitien di utara Haiti hari ini.
Insiden itu juga menyaksikan puluhan cedera dan kesemua mangsa dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Perdana Menteri Haiti, Ariel Henry berkata, keadaan di beberapa hospital di Cap Haitien kini sesak dengan mangsa yang cedera akibat kejadian itu.
Letupan lori tangki itu turut didakwa menyebabkan puluhan kediaman berhampiran lokasi kejadian terbakar.
Bekas perdana menteri, Claude Joseph menerusi Twitter menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Sementara itu, punca kejadian masih belum dikenal pasti. – AFP