BENI: Sekurang-kurangnya lima terkorban dalam satu serangan pengebom bunuh diri di sebuah bar yang sesak di Beni di timur Republik Demokratik Congo, semalam.
Pihak berkuasa menuduh anggota militia dari Pasukan Bersekutu Demokratik bertanggungjawab melakukan serangan tersebut.
“Pengebom bunuh diri itu melancarkan serangan di pintu masuk bar.
“Insiden itu juga mengakibatkan 13 orang cedera dan kemungkinan jumlah korban boleh meningkat,” menurut kenyataan tentera.
Susulan kejadian itu, semua penduduk di bandar tersebut diarahkan pulang ke rumah dan jangan keluar jika tiada urusan penting.
Koresponden AFP menyaksikan tiga mayat mangsa di lokasi kejadian, selain banyak kaca berselerakan susulan kesan letupan.
Menurut sumber, dua kanak-kanak dan dua pegawai kerajaan antara yang maut yang dalam insiden itu. – AFP