CANBERRA: Seorang lelaki dari Australia berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness dengan mengeluarkan sendawa paling kuat.
Lapor portal UPI, Neville Sharp dari Darwin di Northern Territory mengeluarkan bunyi sendawa sekuat 112.4 desibel (db).
Menurut Sharp, dia menghabiskan masa kira-kira lima tahun membuat persiapan bagi melakukan aksi tersebut.
“Bahagian paling sukar adalah apabila anda perlu mengumpul peralatan yang sesuai untuk mengukur jumlah pelepasan dengan tepat,” katanya.
Sharp memecahkan rekod 109.9 desibel yang dicatatkan oleh Paul Hunn dari Britain pada 2019. – AGENSI