Lebih 300 penduduk Palestin cedera bertempur dengan Zionis - Utusan Malaysia

Lebih 300 penduduk Palestin cedera bertempur dengan Zionis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Lebih 300 penduduk Palestin cedera ketika bertempur dengan pasukan tentera Israel di Tebing Barat.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin, seramai 19 cedera akibat terkena tembakan, manakala 91 lagi cedera terkena peluru getah dan selebihnya terkena gas pemedih mata.

Pertempurann itu berlaku di bandar Nablus, utara Baitulmuqaddis.

Terdahulu, persatuan itu menyatakan, sekurang-kurangnya 135 penduduk Palestin cedera, lima terkena peluru hidup, 35 terkena peluru getah dan 95 yang lain terkena gas pemedih mata.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata, pos tentera berhampiran Nablus diserang semalam dan berlaku tembak-menembak, namun tiada kecederaan dilaporkan.

“Terdapat cubaan serangan pos tentera berhampiran Nablus di Judea dan samaria.

“Tiada kecederaan dilaporkan dan anggota tentera menemukan puluhan kelongsong peluru,” jelas IDF menerusi Twitter. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya