Alunan zikir kenang korban tsunami di Aceh - Utusan Malaysia

Alunan zikir kenang korban tsunami di Aceh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACEH UTARA: Ratusan orang ramai memenuhi Masjid Kuala Mane di Muara Batu, Aceh Utara semalam untuk menyertai bacaan zikir bagi memperingati mangsa terkorban akibat bencana tsunami yang melanda wilayah ini pada 17 tahun lalu.

Kampung Mane merupakan satu daripada kawasan paling teruk terjejas kerana tsunami yang tercetus akibat gempa bumi di dasar laut pada 26 Disember 2004.

Sepanjang sesi zikir berlangsung, dapat dilihat beberapa tetamu yang hadir menitiskan air mata kerana merindui insan yang sudah tiada.

“Apa yang berlaku perlu menjadi peringatan dan pengajaran buat kita semua.

“Kita doakan mereka yang telah pergi agar ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT,” kata Ketua Kampung Mane, Muslem yang turut menghadiri majlis tersebut.

Semua aktiviti laut juga dihentikan buat sementara waktu bagi menghormati mangsa yang terkorban.

Dianggarkan 227,898 orang terbunuh di 14 negara akibat bencana alam itu dengan lebih 130,000 penduduk di Aceh terkorban.

Selain itu, tanah perkuburan massa yang menempatkan ribuan mangsa korban tsunami turut dikunjungi orang ramai setiap tahun apabila tibanya tarikh 26 Disember.

Diberi gelaran kubur tanpa nisan, keluarga mangsa akan membaca surah Yasin dan berdoa untuk kesejahteraan mereka yang sudah pergi.

“Kami sesekali tidak akan melupakan ahli keluarga yang terkorban dalam bencana itu. Mereka sentiasa dalam ingatan kami,” menurut seorang pengunjung di perkuburan itu.

Di Banda Aceh dan Aceh Besar, terdapat 11 kawasan dijadikan kubur massa untuk mengebumikan mangsa tsunami.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya