Kes baharu Covid-19 melonjak kembali di India - Utusan Malaysia

Kes baharu Covid-19 melonjak kembali di India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIA: Pihak berkuasa India mula mengenakan peraturan ketat bermula hari ini bagi menghalang perhimpunan besar-besaran di pesta dan tempat awam, menjelang perayaan tahun baharu ketika negara itu menyaksikan peningkatan jangkitan Covid-19. 

Lapor Reuters, India mengeluarkan perintah berkurung pada waktu malam di semua bandar utama dan restoran pula diarahkan untuk mengehadkan bilangan pelanggan. 

Bagaimanapun, pihak berkuasa negeri mendapati sukar untuk mengehadkan kesesakan di pasar, pusat keagamaan dan destinasi percutian kerana kawasan tersebut dibenarkan untuk terus dibuka.

Menurut Kementerian Kesihatan Persekutuan India, negara itu melaporkan 13,154 kes baharu Covid-19 dan 268 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir, sementara pusat bandar juga melaporkan lonjakan besar. 

Kes baharu itu adalah jumlah jangkitan harian tertinggi sejak Oktober lalu.

Jangkitan varian Omicron pula meningkat kepada 961 kes di seluruh India. 

Menteri Kesihatan Negeri Barat, Rajesh Tope berkata, perhimpunan sosial berjalan seperti biasa menyebabkan orang ramai melanggar semua norma baharu penjarakan sosial. 

Polis di ibu negara, Mumbai melarang sebarang perhimpunan awam melibatkan seramai lima atau lebih penduduk sehingga 7 Januari tahun depan. 

Arahan itu susulan India mencatatkan lonjakan mendadak kes harian Covid-19 dengan 2,510 jangkitan iaitu peningkatan harian tertinggi sejak Mei tahun ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya