Kebakaran di WTC Hong Kong: Lebih 100 terperangkap - Utusan Malaysia

Kebakaran di WTC Hong Kong: Lebih 100 terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Lebih 100 orang dilaporkan terperangkap di atas bumbung bangunan Pusat Dagangan Dunia Hong Kong dalam kejadian kebakaran yang berlaku hari ini.

Lapor BBC, polis Hong Kong mengesahkan sekurang-kurangnya lapan orang cedera dalam kejadian itu dan mereka telah dihantar ke hospital.

Menurut polis, mangsa yang cedera berusia antara 31 hingga 72 tahun.

Katanya, seramai 150 orang berjaya dipindahkan dari bangunan itu ke sebuah tempat yang selamat.

Setakat ini, tiada kematian dilaporkan dan operasi menyelamat masih sedang dijalankan.

Sementara itu, polis berkata, kebakaran itu bermula di bilik mesin dan tersebar di sekitar bahagian lain di bangunan tersebut.

Memetik laporan Reuters, keadaan di luar bangunan itu terkawal selepas anggota bomba mengepung kawasan tersebut.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya