Kapsul masa dipercayai tertanam selama 130 tahun ditemukan di Virginia - Utusan Malaysia

Kapsul masa dipercayai tertanam selama 130 tahun ditemukan di Virginia

GABENOR Virginia, Ralph Northam memegang kotak yang dipercayai kapsul masa yang ditemukan pada minggu lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah kotak tembaga ditemukan oleh sejumlah pekerja ketika melakukan kerja-kerja meruntuhkan tapak patung seorang jeneral di Virginia.

Kotak itu dipercayai sudah tertanam selama 130 tahun di bawah tapak tersebut dan merupakan kapsul masa kedua yang ditemukan di kawasan berkenaan.

Gabenor Virginia, Ralph Northam mengumumkan penemuan itu menerusi Twitternya beserta gambar kotak tersebut.

Menurut artikel akhbar pada 1887, satu kapsul masa disembunyikan di bawah tapak patung Jeneral Robert E. Lee yang mengetuai Tentera Virginia Utara semasa Perang Saudara.

Kapsul masa itu didakwa mengandungi butang, peluru, mata wang pada era berkenaan dan gambar mayat Presiden Abraham Lincoln dalam keranda.

Northam memaklumkan, pakar percaya, kotak tembaga itu mungkin mengandungi duit syiling, buku, butang dan peluru dari era Perang Saudara.

Satu lagi kotak yang dipercayai kaspul masa bersaiz kotak kasut dibuka pada minggu lalu, namun tidak mengandungi barangan yang ditulis dalam artikel akhbar tersebut.

Sebaliknya, kotak itu mengandungi tiga buku log, duit syiling dan sekeping gambar. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya