Junta Myanmar bunuh, bakar 30 penduduk di Kayah - Utusan Malaysia

Junta Myanmar bunuh, bakar 30 penduduk di Kayah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YANGON: Lebih 30 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dibunuh dan mayat mereka dibakar di negeri Kayah.

Menurut Kumpulan Hak Asasi Manusia Karenni, kesemua mayat rentung itu dipercayai dibunuh oleh tentera Myanmar dan ditemukan berhampiran kampung Mo So di pekan Hpruso hari ini.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman ini yang secara jelas mencabuli hak asasi manusia,” jelas kumpulan itu menerusi Facebook.

Media tempatan melaporkan, tentera Myanmar mendakwa mereka terpaksa melepaskan tembakan ke arah sekumpulan ‘pengganas yang lengkap bersenjata’ di kampung tersebut.

Junta memaklumkan, tembakan dilepaskan selepas sebuah kenderaan yang dinaiki tujuh penumpang tidak berhenti ketika pemeriksaan keselamatan dan mengesyaki mereka adalah pengganas. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya