Jumlah penduduk miskin di Indonesia berkurang 17 juta - Utusan Malaysia

Jumlah penduduk miskin di Indonesia berkurang 17 juta

ANAK pemungut sampah duduk mencangkung di tapak pelupusan sampah di Alue Liem, Lhokseumawe.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jumlah penduduk miskin di Indonesia tahun ini adalah sebanyak 10.4 juta orang sekali gus menyaksikan penurunan sebanyak 17.1 juta berbanding 27.5 juta orang, tahun lalu.

Lapor Suara.com, Data yang diperoleh Pasukan Nasional Membasmi Kemiskinan merekodkan sebanyak 1.3 juta orang daripadanya tinggal di wilayah pesisir pantai.

Data itu menjelaskan kadar kemiskinan melampau di kawasan pesisir pantai lebih tinggi berbanding di kawasan lain sebanyak 4.19 peratus sekali gus mengatasi rekod kebangsaan.

Naib Presiden Indonesia, Maruf Amin meminta pasukannya memberikan tumpuan terhadap perkara itu kerana isu kemiskinan melampau sangat kompleks.

“Kita turut melaksanakan usaha membasmi kemiskinan di kawasan itu dan turut mengenal pasti program bersesuaian bagi membantu penduduk di pesisir pantai,” katanya.

Menurut Maruf, kawasan pesisir pantai turut menjadi fokus kerajaan menangani kemiskinan tahun depan.

Katanya, pihak kerajaan melakukan perancangan terhadap 212 daerah dan bandar yang mempunyai bilangan miskin tegar yang ramai.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya