NEW YORK: Seorang wanita mampu menjana pendapatan sampingan sehingga hampir AS$50,000 (RM213,016) seminggu dengan hanya menjual kentutnya yang dikumpul dalam balang.
Bekas bintang rancangan realiti televisyen, Stephanie Matto menjual kentutnya selain turut mengisi balang tersebut dengan kelopak bunga bagi memperoleh aroma wangi dan tahan lebih lama.
“Saya fikir kentut adalah sesuatu yang sangat khusus, menyenangkan, unik dan berbeza-beza,” katanya dalam temubual BuzzFeed.
Matto mengambil keputusan untuk menjual kentutnya dalam platform media sosial kerana berjaya menarik perhatian orang ramai serta agak lucu.
Matto sebelum ini pernah membuat penampilan dalam rancangan realiti televisyen, 90 Day Fiance dan menjadi seorang Youtuber, penulis buku serta mengasaskan platform langganan X-rated yang dipanggil Unfiltrd.
“Selama bertahun-tahun, saya mendapat pesanan daripada golongan lelaki dan wanita yang mahu membeli baju dan seluar dalam, rambut, air mandi daripada dirinya,” katanya.
Matto mengaku dia sering mendapat mesej menerusi ruang Unfiltrd itu yang ingin membeli kentut, malah turut meminta video proses pengeluaran kentutnya hingga masuk ke balang.
Bagaimanapun, pembelinya kecewa selepas Matto tidak menunjukkan proses tersebut, namun hanya menunjukkan cara pemakanannya untuk menghasilkan kentut.-AGENSI