BERLIN: Sebanyak 15 negara dalam Kesatuan Eropah (EU) bersetuju untuk menerima kemasukan 40,000 pelarian Afghanistan untuk penempatan.
Jerman bakal menerima kemasukan pelarian Afghanistan yang paling banyak iaitu seramai 25,000 orang diikuti belanda, 3,159, Sepanyol dan Perancis (2,500) serta beberapa negara lain dengan jumlah yang lebih rendah.
Pesuruhjaya EU, Ylva Johansson berkata, persetujuan itu merupakan solidariti dalam kalangan semua negara EU.
Beliau juga menyatakan, persetujuan itu secara tidak langsung menjadi penghalang kepada kemasukan pelarian secara haram.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini menggesa blok Eropah menerima kira-kira 42,400 pelarian Afghanistan selama lima tahun, namun sebanyak 27 negara menolak gesaan tersebut.
Dianggarkan sebanyak 85,000 pelarian Afghanistan meninggalkan negara itu dan masuk ke beberapa negara EU sejak beberapa tahun lalu.
Jumlah itu dijangka bertambah selepas Taliban mengambil alih kerajaan Afghanistan pada 15 Ogos lalu. – AFP