Jaga anak kembar empat, suami isteri ‘bersengkang mata’ tukar lampin 24 kali, bancuh 1.5 gelen susu - Utusan Malaysia

Jaga anak kembar empat, suami isteri ‘bersengkang mata’ tukar lampin 24 kali, bancuh 1.5 gelen susu

CHRIS dan Jenny mendukung anak kembar empat seiras mereka. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Seorang wanita yang melahirkan anak kembar empat seiras di Amerika Syarikat (AS) tampil menceritakan mengenai pengalaman dilaluinya dalam membesarkan anak-anaknya.

Lapor Daily Mail, Jenny Marr dari Texas dan suaminya, Chris turut berkongsi rutin penjagaan anak-anak, termasuk menukar lampin sebanyak 24 kali sehari dan membelanjakan kira-kira AS$300 (RM1,267) seminggu untuk barangan keperluan mereka.

Jenny melahirkan kembar empat seiras yang dikenali sebagai Hudson, Harrison, Henry dan Hardy pada 15 Mac tahun 2020 ketika AS menjalani perintah berkurung.

Pasangan ibu bapa itu melalui masa sukar seperti perlu menukar lampin yang banyak dan kerap pergi ke kedai untuk membeli barangan keperluan selama hampir dua tahun.

Namun, Jenny dan Chris sentiasa bersyukur dengan kelahiran anak kembar mereka yang disifatkan sebagai ‘satu keajaiban’.

“Kehidupan sudah berubah sepenuhnya bagi saya dan Chris setelah mempunyai empat anak. Kami membancuh kira-kira 1.5 gelen susu setiap hari untuk mereka. 

“Saya juga cuba memasak untuk keluarga namun kadangkala saya terlalu letih sehingga memanaskan makanan siap dimasak untuk kami berdua makan,” katanya.

Jelas Jenny, mereka berdua bersedia menjadi ibu bapa selepas berhenti menggunakan kontraseptif pada Mac 2019.     

Katanya, selepas enam bulan, dia dimaklumkan mengandung dan laporan ultrasound awal menunjukkan hanya hamil kembar tiga.

“Selepas bertemu dengan doktor pakar pada minggu berikutnya, barulah saya mengetahui sedang mengandung kembar empat seiras,” kata Jenny. – AGENSI             

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya