Isteri sebak suami mangsa bot karam di perairan Johor - Utusan Malaysia

Isteri sebak suami mangsa bot karam di perairan Johor

AHLI keluarga menunjukkan gambar mangsa di Desa Kawo, Lombok Tengah. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOMBOK: Seorang isteri tidak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui suaminya antara mangsa korban bot pancung terbalik di perairan Malaysia, Rabu lalu.

Lapor Kompas.com, Murni, 40, langsung tidak merasakan suaminya, Bangsal Udin Basar yang dalam perjalanan mencari nafkah untuk dirinya dan anak-anak akan pergi buat selama-lamanya.

“Saya tidak ada rasa apa-apa dan kami tidak sempat bersembang lama kerana suami sibuk mencari rezeki,” luahnya sambil mengendong bayi di pangkuannya.

Rabu lalu, Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan 21 pendatang asing tanpa izin (PATI) selamat, manakala 10 ditemukan mati, sementara 29 masih hilang dalam kejadian bot pancung terbalik di perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor.

Kejadian pada pukul 4.30 pagi itu berlaku akibat bot terbabit karam kerana cuaca buruk.

Menurut Murni, suaminya nekad ke Malaysia kerana desakan ekonomi dan mencari wang pembiayaan sekolah anak-anaknya.

“Suami mahu mencari wang kerana anak yang paling sulung belajar di sekolah pondok. Sebab itu dia tekad ke Malaysia,” katanya.

Ibu tiga anak itu memberitahu dia tidak sempat menyediakan bekalan makanan sebelum suaminya pergi mencari rezeki di negara seberang.

Sementara itu, Roy Anggara, 29, adik mangsa berkata, mereka sekeluarga sempat membuat panggilan video dalam aplikasi WhatsApp semasa abangnya masih berada di Batam sebelum menyeberang ke Malaysia.

Jelasnya, abangnya tidak pernah menceritakan akan melakukan perjalanan ke Malaysia melalui jalan yang tidak sah di sisi undang-undang.

“Kami telefon abang Selasa malam dan nasihatkan dia supaya berhati-hati kerana cuaca buruk. Dia hanya pesan mohon doa keselamatan dari keluarga,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya