Israel mahu bina lebih banyak penempatan haram di Bukit Golan - Utusan Malaysia

Israel mahu bina lebih banyak penempatan haram di Bukit Golan

SEBAHAGIAN daripada penempatan haram Yahudi di Bukit Golan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Kerajaan Israel bercadang untuk menggandakan jumlah penempatan haram Yahudi di Bukit Golan dalam tempoh lima tahun akan datang dan tindakan itu bakal memburukkan lagi situasi tegang dengan Syria.

Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada 2019 mengiktiraf kedaulatan Israel di Bukit Golan yang asalnya merupakan wilayah Syria dan penggantinya, Joe Biden juga dilihat tidak akan menarik balik pengiktirafan tersebut.

Di bawah pelan perancangan yang diluluskan Kabinet Israel, kira-kira 7,300 unit perumahan akan dibina di Katzrin yang merupakan penempatan haram utama di kawasan itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett memaklumkan, rancangan pembinaan itu bakal menyaksikan pertambahan kira-kira 23,000 penduduk Yahudi di kawasan tersebut.

“Dua penempatan baharu juga akan dibangunkan di Golan dan 4,000 unit rumah bakal dibina di penempatan tersebut,” jelas kenyataan itu.

Israel merampas Bukit Golan pada 1981 dan tindakan itu tidak diiktiraf oleh komuniti antarabangsa, selain menyaksikan Syria menuntut semula wilayah itu yang turut bersempadan dengan Lubnan dan Jordan.

Pada Februari lalu, selepas Biden mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang baharu, Setiausaha Negara AS, Antony Blinken menerusi CNN menjelaskan Golan akan terus kekal sebagai ‘kepentingan keselamatan Israel’.

Penempatan haram Yahudi di Golan lebih kecil berbanding di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya