Indonesia tewas Piala AFF sebab amalan khurafat? - Utusan Malaysia

Indonesia tewas Piala AFF sebab amalan khurafat?

AKSI perlawanan akhir Piala AFF antara Indonesia dan Thailand di Stadium Nasional Singapura, kelmarin.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Indonesia akhirnya tewas di tangan Thailand selepas dibelasah 4-0, walaupun Persatuan Dukun Nusantara (Perdunu) melakukan ritual khusus agar skuad Garuda itu memenangi Piala AFF 2020, kelmarin.

Lapor Kompas.com, Perdunu yang berpusat di Pasar Kecamatan Tegalsari, Banyuwangi, Jawa Timur melakukan ritual khusus bernama Samar Wulu selepas matahari mula terbenam.

Ketua Perdunu, Abdul Fatah Hasan berkata, ritual khusus itu tidak dipertontonkan kepada khalayak melainkan hanya dilaksanakan oleh sembilan pengurus di pejabat sekretariat.

Katanya, terdapat bacaan-bacaan yang memang tidak boleh didedahkan kepada orang ramai.

“Selepas selesai ritual itu, kita melaksanakan solat Maghrib dan berdoa dengan harapan pasukan Indonesia akan menang dalam memburu kejuaraan sulung piala tersebut,” katanya.

Abdul Fattah berkata, ritual tersebut tidak mendoakan secara spesifik jumlah gol yang diharapkan kerana mereka hanya berharap pasukan Garuda memenangi perlawanan akhir itu.

Beliau malah menjelaskan, Samar Wulu merupakan ritual menolak bala dan penyakit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya