JAKARTA: Kerajaan Indonesia membenarkan kemasukan pelarian Rohingya yang terkandas di perairan negara itu, selepas gesaan daripada organisasi bantuan bagi menyelamatkan penumpang tersebut.
Pihak berkuasa di Aceh berkata, pihaknya akan membekalkan makanan, ubat-ubatan dan air kepada 120 penumpang perahu, namun, tidak membenarkan pelarian itu mencari suaka di negara Asia Tenggara lain walaupun terdapat rayuan antarabangsa berbuat demikian.
Pegawai di pejabat Ketua Menteri Keselamatan, Armed Wijaya berkata, Kerajaan Indonesia atas nama kemanusiaan memberikan perlindungan kepada pelarian Rohingya yang kini terapung di atas perahu berhampiran daerah Biereun, Aceh.
“Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan situasi bahaya yang dihadapi pelarian yang terapung di atas bot tersebut.
“Kebanyakan penumpang yang berada di dalam bot itu adalah wanita dan kanak-kanak,” katanya.
Dua nelayan memberitahu wartawan Reuters, bot yang terkandas itu berisiko tenggelam dalam masa dua hari jika tidak diselamatkan.
Menerusi video yang dilihat Reuters, terdapat berpuluh-puluh pelarian berada dalam perahu kayu panjang yang penuh sesak.
Tahun lalu, ratusan pelarian Rohingya mencari perlindungan di Indonesia selepas melarikan diri dari Myanmar.-REUTERS