JOHANNESBURG: Ikon anti-aparteid Afrika Selatan, Desmond Tutu meninggal dunia hari ini pada usia 90 tahun.
Berita kematian ikon tersebut disampaikan oleh Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.
“Pemergian Desmond Tutu merupakan satu lagi babak kesedihan dalam negara kita,” katanya dalam satu kenyataan.
Tutu pernah memenangi Hadiah Keamanan Nobel pada 1984 atas usahanya memerangi pemerintahan minoriti kulit putih di negara ini.
Beliau terus lantau bersuara memperjuangkan nasib penduduk Afrika Selatan biarpun rejim aparteid sudah berkubur.
Tutu juga tidak pernah lari daripada menghadapi kekurangan atau ketidakadilan di Afrika Selatan. – AFP