Hujan lebat, ribut petir dijangka landa Masjidil Haram hari ini - Utusan Malaysia

Hujan lebat, ribut petir dijangka landa Masjidil Haram hari ini

SERAMAI 200 penyelia dilantik bagi memantau 4,000 petugas kebersihan di Masjidil Haram.-SPA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Kerajaan Arab Saudi giat menggandakan usaha pembersihan selepas Masjidil Haram dilanda hujan lebat, Selasa lalu.

Lapor Arab News, Ketua Presiden Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, pihaknya sudah melantik seramai 200 penyelia dan pemerhati bagi memantau 4,000 petugas kebersihan.

Setiausaha Agung bagi Perkhidmatan Hal Ehwal Lapangan, Penyiasatan dan Alam Sekitar masjid berkata, semua kawasan pekarangan, pintu masuk dan keluar masjid disediakan laluan untuk mengalirkan air selepas hujan berhenti.

Katanya, langkah itu bertujuan memelihara keselamatan jemaah di Masjidil Haram sekali gus mereka dapat melaksanakan ibadah dengan selamat.

“Sebanyak 470 mesin peralatan sedutan air dan mencuci di kawasan dalam, luar dan bumbung masjid digunakan bagi membantu proses pengeringan.

“Pihak presiden telah membangunkan pelan berjaga-jaga sebagai persediaan menghadapi hujan, selain membersihkan saliran bagi memastikan tiada sebarang halangan,” katanya.

Susulan itu, pertahanan awam negara itu menggesa orang ramai berjaga-jaga selepas pusat meteorologi meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa bahagian di negara itu dijangka berlaku sehingga hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya