Guru rogol 12 pelajar di Bandung turut seleweng dana sekolah - Utusan Malaysia

Guru rogol 12 pelajar di Bandung turut seleweng dana sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang guru di yayasan sekolah pondok di Bandung bukan sahaja merogol 12 pelajar perempuan, bahkan turut menyelewengkan dana bantuan sosial (bansos) untuk kepentingan peribadi.

Lapor Suara.com, fakta itu diungkap oleh Ketua Kejati Jawa Barat, Asep N Mulyana selepas persidangan kes tersebut yang diadili di Mahkamah Negeri Bandung, hari ini.

Jelasnya, antara bentuk bansos yang diseleweng termasuk Program Indonesia Pintar.

“Anak-anak itu menerima bansos dan ditarik lagi oleh suspek untuk digunakan demi kepentingan peribadi,” katanya.

Herry Wirawan mengikuti perbicaraan secara langsung dan ditahan di Rumah Tahanan Bandung.

Awal bulan ini, guru durjana itu ditahan polis selepas melakukan pemerkosaan sehingga menyebabkan sembilan mangsa melahirkan anak.

Perbuatan terkutuk itu dilakukan sejak 2016 sehingga tahun ini.

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya