JAKARTA: Seorang dilaporkan meninggal dunia dalam kejadian letusan debu panas Gunung Semeru, Lumajang Jawa Timur.
CNN Indonesia melaporkan, selain itu, 10 orang pula dikatakan gagal dikesan.
“Seorang meninggal dunia di Cura Kobokan,” kata Timbalan Datuk Bandar Lumajang, Indah Amperawati Madar.
Indah memberitahu, 10 yang hilang belum dapat dikenal pasti identiti mereka dan kerja-kerja mencari dan menyelamat mengalami kesukaran kerana laluan dilitupi lumpur.
Jelasnya, kebanyakan rumah di sekitar Cura Kobokan musnah dan penduduk dikatakan lari di Balai Desa Penanggal.
“Tak hanya itu, puluhan penduduk mendapatkan rawatan di klinik berhampiran dan hospital akibat kecederaan.
“Seramai 41 cedera parah akibat lahar panas,” katanya.