Gerhana matahari penuh dapat dilihat di Antartika, 2 jam lagi - Utusan Malaysia

Gerhana matahari penuh dapat dilihat di Antartika, 2 jam lagi

GERHANA matahari yang dapat dilihat di bandar New Jersey, New York, 10 Jun lalu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFRONIA: Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) mengumumkan satu-satunya gerhana matahari penuh tahun ini akan berlaku awal pagi hari ini (waktu Amerika Syarikat) di bahagian Antartika selama dua minit.

Fenomena yang jarang berlaku apabila bulan menghalang matahari akan mencapai tahap paling besar sekitar pukul 7.33 pagi (waktu tempatan) yang dapat dilihat berhampiran Bongkah Ais Ronne Antartika.

Fenomena gerhana itu akan memberikan tempoh rehat yang singkat daripada musim panas yang panjang dialami Antartika sejak Oktober lalu.

Matahari juga difahamkan tidak akan terbenam di kawasan itu sehingga April depan.

Walaupun ramai yang berkemungkinan terlepas menyaksikan fenomena itu, penduduk di tempat lain di hemisfera selatan termasuk beberapa bahagian di Australia, Chile dan New Zealand akan melihat fenomena gerhana separa.

Gerhana matahari hanya berlaku pada setiap tempoh enam bulan, kerana bulan tidak cukup mengorbit dalam satah yang sama mengelilingi bumi semasa mengelilingi matahari.

Selain itu, gerhana matahari penuh berlaku kira-kira tiga kali lebih jarang dan hanya dapat dilihat oleh mereka yang berada di laluan bayang-bayang bulan selebar 96 hingga 257 kilometer.

Gerhana matahari penuh seterusnya akan berlaku 8 April 2024, namun tidak sama seperti fenomena yang berlaku hari ini yang dapat dilihat secara meluas di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya