Gempa bumi California: Penduduk terima amaran awal gegaran - Utusan Malaysia

Gempa bumi California: Penduduk terima amaran awal gegaran

BOTOL-BOTOL kaca pecah dan barangan lain jatuh bersepah di kedai barangan runcit di Ferndale, California selepas gegaran gempa bumi.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Selepas 10 tahun berlalu, California Utara sekali lagi dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.2 skala Richter sehingga menggegarkan pesisir pantai negara itu.

Lapor CNN, gempa bumi yang berlaku selepas waktu tengah hari Isnin lalu, menyebabkan berlaku gegaran susulan dan tiada ancaman Tsunami dilaporkan.

Data yang diperoleh dari Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan gempa berlaku tidak jauh dari Cape Mendocino berhampiran Humboldt County dan gegaran dirasakan sehingga San Francisco dan Chico, California.

Lebih 40 gegaran gempa bumi susulan yang direkodkan dalam masa 24 jam sehingga menyebabkan kekecohan di barat laut AS.

Rakaman gambar menunjukkan botol wain pecah, manakala, roti, bijirin dan barangan lain jatuh bersepah ke lantai di kedai runcit di Ferndale.

Pemilik kedai itu, Rangeet Singh berkata, walaupun dia dan pekerjanya tidak mengalami sebarang kecederaan akibat gegaran itu, namun, dia mengalami kerugian mencecah AS$15,000 (RM63,000) akibat kerosakan tersebut.

“Kebanyakan barangan kering boleh diselamatkan, tetapi banyak botol wain yang pecah adalah stok wain dan champagne yang mahal,” katanya.

Sistem amaran gempa bumi awal California berfungsi bagi individu yang mendaftar untuk menerima makluman melalui peranti mudah alih.

Honsal berkata, dia menerima amaran kira-kira 10 hingga 15 saat sebelum merasakan gegaran gempa bumi.

Pejabat Perkhidmatan Kecemasan negeri itu memantau secara aktif dan menyelaras dengan rakan kongsi tempatan untuk melindungi masyarakat daripada sebarang kesan sampingan.

Daerah Humboldt mempunyai populasi penduduk yang jarang dengan hanya kira-kira 135,000 penduduk di sekitar 6,437 kilometer.

Kawasan ini berhampiran sempadan California dan Oregon, kira-kira 434 km di utara San Francisco.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya