EU digesa wajibkan vaksinasi susulan penularan Omicron - Utusan Malaysia

EU digesa wajibkan vaksinasi susulan penularan Omicron

URSULA VON DER LEYEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kesatuan Eropah (EU) harus mempertimbangkan untuk mewajibkan pemberian vaksin Covid-19, sebagai tindak balas kepada penularan varian Omicron di seluruh Eropah.

Penegasan itu disuarakan oleh Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen.

Katanya, sebuah suruhanjaya yang menyokong negara untuk menguatkuasakan sementara ujian PCR pra-perjalanan dalam sempadan blok itu juga harus dilaksanakan.

“Kita sudah mempunyai vaksin yang mampu menyelamatkan nyawa namun ia tidak digunakan dengan secukupnya di mana-mana. Ini menyebabkan kos yang besar kepada sistem kesihatan.

“Satu pertiga penduduk Eropah dilaporkan belum mendapat suntikan vaksin. Saya faham bukan semua golongan boleh divaksin seperti kanak-kanak atau individu atas faktor perubatan, namun sebahagian besar penduduk masih boleh melakukannya,” katanya.   

Setakat ini, sebanyak 59 kes varian Omicron yang kesemuanya melibatkan gejala ringan atau tanpa gejala dikenal pasti di EU.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran keras mengenai bahaya sikap acuh tak acuh terhadap vaksinasi Covid-19.

“Di peringkat global, kita berdepan dengan liputan vaksin rendah dan ujian yang sangat rendah, dilihat seolah-olah mewujudkan situasi untuk varian merebak.  

“Sekiranya kita berbuat demikian, kita juga mampu menghalang penularan dan menyelamatkan nyawa daripada Omicron,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya