Enam zirafah mati terperangkap lumpur - Utusan Malaysia

Enam zirafah mati terperangkap lumpur

GAMBAR menyayat hati menunjukkan sekumpulan zirafah mati akibat terperangkap dalam lumpur. - GETTY IMAGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAIROBI: Beberapa gambar memaparkan sekumpulan zirafah ditemukan mati dalam keadaan berbaring bersama selepas terperangkap dalam lumpur di Kenya, menjadi tular di laman media sosial.

Gambar itu tular ditengah-tengah kebimbangan pakar mengenai kemarau yang melanda negara Afrika itu yang boleh membunuh kira-kira 4,000 haiwan berkenaan. 

Lapor Daily Mail, enam ekor zirafah itu ditemukan mati di sebuah kawasan kering di Konservansi Hidupan Liar Sabuli di Wajir.

Dilaporkan, haiwan itu terperangkap dalam lumpur apabila cuba minum air dari takungan berhampiran yang hampir kering.

Berdasarkan gambar diambil di lokasi kejadian, kumpulan zirafah itu sudah mati beberapa hari lalu dan bangkai haiwan itu menunjukkan tanda-tanda pereputan.

Zirafah itu dipindahkan ke pusat konservansi di Sabuli, timur laut Kenya bagi mengelakkan pencemaran pada air takungan.

Krisis air dan makanan disebabkan kekurangan hujan menjejaskan kehidupan manusia dan haiwan di negara itu.

Akhbar tempatan Kenya, The Star melaporkan sebanyak 4,000 zirafah berhampiran wilayah Garissa berisiko mati. 

Seorang pekerja di pusat perlindungan zirafah Bour-Algi, Ibrahim Ali berkata, musim kemarau memburukkan lagi keadaan bagi kebanyakan haiwan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya