WASHINGTON: Seorang lelaki melepaskan tembakan rambang mengakibatkan empat maut dan tiga cedera, termasuk anggota polis di beberapa lokasi berbeza di Colorado sebelum ditembak mati oleh pihak berkuasa.
Insiden itu berlaku kira-kira pukul 5 petang waktu tempatan di empat lokasi berbeza di bandar Denver dan lakewood.
Dua wanita terbunuh dan seorang lelaki dewasa cedera di lokasi pertama di Denver.
Suspek kemudiannya menuju ke Lakewood sebelum dia menembak seorang lagi lelaki dan mencederakan beberapa individu.
Polis Lakewood dapat mengenal pasti identiti suspek berdasarkan maklumat yang diterima dan mula memburunya.
“Selepas polis mengesan suspek, berlaku kejadian berbalasa tembakan sehingga ada mengenai anggota polis.
“Suspek akhirnya terkena tembakan dan maut di lokasi kejadian,” menurut jurucakap polis Lakewood, John Romero.
Motif kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan terus berlangsung. – AFP