LONDON: Seramai empat kanak-kanak maut selepas sebuah rumah terbakar di selatan London.
Susulan itu, sekitar 60 anggota bomba dikerah memadamkan api yang marak dengan cepat bagi menyelamatkan kanak-kanak di rumah tersebut.
Kesemua mangsa difahamkan mempunyai pertalian darah, namun umur mereka tidak didedahkan.
Mangsa dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.-AGENSI