Elon Musk cadang berhenti kerja, jadi pempengaruh media sosial - Utusan Malaysia

Elon Musk cadang berhenti kerja, jadi pempengaruh media sosial

ELON MUSK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bilionair, Elon Musk bercadang untuk berhenti kerja dan menjadi pempengaruh media sosial selepas menjual saham syarikatnya bernilai AS$1 bilion (RM4.2 bilion).

Lapor Daily Mail, Ketua Pegawai Eksekutif Tesla berusia 50 tahun itu membuat ciapan dalam Twitter dengan bertanyakan 65.8 juta pengikutnya mengenai idea meletakkan jawatan dan memberi fokus kepada media sosial.

Idea itu muncul selepas Musk yang merupakan individu paling kaya di dunia menjual 934,091 unit pegangan saham dalam syarikat pembuat kenderaan elektrik tersebut.

“Saya sedang berfikir untuk berhenti kerja dan menjadi pempengaruh sepenuh masa. Apa pendapat anda?” soal pengasas syarikat roket, SpaceX dalam Twitter.

Tidak dapat dipastikan sama ada Musk yang merupakan pengguna tegar media sosial benar-benar serius mengenai rancangannya untuk berhenti kerja.

“Sudah tentu lebih baik mempunyai lebih banyak masa berbanding saya bekerja siang dan malam dengan bangun dari tidur tujuh hari seminggu,” katanya sebelum ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya