Dua maut makan daging kambing dicampur racun tikus dalam ritual gandakan duit - Utusan Malaysia

Dua maut makan daging kambing dicampur racun tikus dalam ritual gandakan duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GARUT: Seorang dukun yang kononnya mendakwa dirinya berupaya menggandakan duit ditahan polis dalam satu operasi di Garut.

Dukun yang dikenali sebagai Yohanes Suryono itu ditahan ketika melakukan ritual menggandakan duit di Pantai Santolo.

Dalam ritual itu, Yohanes meminta tiga ‘pelanggannya’ menghabiskan 1.5 kilogram daging kambing yang dicampurkan dengan racun tikus.

Akibatnya, dua daripada mangsa meninggal dunia, manakala seorang lagi kritikal di hospital.

Suspek berusia 51 tahun itu memberitahu, dia sudah terlibat dalam perbuatan syirik itu sejak setahun yang lalu.

Bagi mengaburi mata orang ramai, Yohanes menghasilkan tempat membuat gandaan duit dari bekas menggunakan benang dan sarang labah-labah.

“Duit diletakkan di atas bekas tersebut bagi menunjukkan seolah-olah duit semakin banyak.

“Duit orang yang ditipu itu saya gunakan untuk buat belanja harian dan moda bertani,” katanya dalam sidang polis.

Jika disabit kesalahan, suspek boleh dipenjara maksimum 20 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya