Dos penggalak vaksin Moderna tingkat perlindungan terhadap Omicron - Utusan Malaysia

Dos penggalak vaksin Moderna tingkat perlindungan terhadap Omicron

MODERNA memaklumkan antibodi dapat ditingkatkan dengan suntikan vaksin keluaran syarikat itu.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat pembuat vaksin Moderna menzahirkan keyakinan suntikan dos penggalaknya sangat berkesan melawan penularan varian Omicron selepas keputusan makmal dilihat begitu ‘menyakinkan’.

Presiden Moderna, Stephen Hoge berkata, pemberian dos penuh vaksin Moderna sebagai suntikan penggalak turut menyediakan lebih banyak perlindungan antibodi terhadap Omicron.

“Kita boleh bergantung kepada vaksin ini bagi berdepan ancaman penularan kes Omicron,” katanya.

Bagaimanapun, Hoge berkata, hasil ujian menunjukkan selepas suntikan dos kedua, perlindungan terhadap Omicron adalah jauh lebih rendah berbanding strain awal Covid-19.

Kajian makmal mengukur tahap antibodi peneutral Omicron dalam sampel darah daripada 40 orang yang mempunyai tahap rendah antibodi sebelum mendapat dos penggalak.

Cadangan semasa adalah memberikan 100 mikrogram suntikan Moderna sebagai dos pertama dan kedua untuk perlindungan daripada Covid-19, diikuti dos penggalak 50 mikrogram.

Antibodi diukur selepas 29 hari peserta mendapatkan suntikan ketiga dengan separuh mendapat dos vaksin 50 mikrogram dan separuh mendapat 100 mikrogram.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya