Dipercayai banyak rakyat tertekan, kes bunuh di AS meningkat - Utusan Malaysia

Dipercayai banyak rakyat tertekan, kes bunuh di AS meningkat

ORANG ramai berkumpul di depan memorial bagi mengenang mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan di Sekolah Tinggi Oxford di Michigan, baru-baru ini. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Beberapa bandar di Amerika Syarikat (AS) merekodkan sejumlah kes pembunuhan pada tahun ini, biarpun pandemik Covid-19 masih berlangsung dan memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk mengawal situasi tersebut.

Terdapat beberapa faktor yang mendorong kepada jenayah itu termasuk kesan akibat Covid-19, trauma dan konflik, fasa pemulihan ekonomi yang menyaksikan golongan minoriti ketinggalan dan penggunaan senjata api tanpa kawalan di negara ini.

Philadelphia menjadi negeri paling banyak merekodkan kes bunuh pada tahun ini iaitu sekurang-kurangnya 535 kes, sekali gus melepasi kes di New York dan Los Angeles.

“Banyak penduduk miskin di Philadelphia. Kami mempunyai sistem pendidikan yang tidak bagus, isu berkaitan perumahan dan keselamatan makanan yang tinggi,” kata Dorothy Johnson-Speight yang menguruskan pertubuhan bukan kerajaan Mothers in Charge.

Speight menubuhkan organisasi tersebut yang bertujuan menentang keganasan di Philadelphia selepas anaknya maut ditembak kerana merebut tempat meletak kenderaan.

Selain itu, Washington merekodkan sebanyak 211 kes bunuh, manakala bandar lain seperti Albuquerque, New Mexico (100 kes), Portland, Oregon (70 kes) dan Richmond, Virginia (80 kes).

Pesara polis yang juga pensyarah kes jenayah di Universiti Florida Gulf Coast, David Thomas menyatakan, ‘rakyat AS ketika ini semakin hilang kawalan, minda mereka semakin terpesong’.

Katanya, ramai golongan muda menzahirkan rasa tidak puas hati mereka dalam media sosial dan banyak berakhir dengan kes bunuh. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya