Covid-19: 75,000 penduduk Britain berisiko mati dalam tempoh 5 bulan - Utusan Malaysia

Covid-19: 75,000 penduduk Britain berisiko mati dalam tempoh 5 bulan

SEORANG wanita berjalan melintasi papan tanda peringatan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 di London, Britain. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain berdepan tekanan dan keadaan terdesak untuk mencegah penularan varian baharu Covid-19, Omicron yang ketika ini semakin berleluasa.

Keadaan itu diburukkan selepas kumpulan pakar kesihatan United Kingdom (UK) menjangkakan jumlah kematian akibat Covid-19 di negara ini boleh mencecah sehingga 75,000 dalam tempoh lima bulan akan datang.

Sehubungan itu, barisan menteri bertungkus-lumus mencari kaedah pencegahan terbaik untuk memastikan situasi itu tidak berlaku.

Sekolah Kesihatan dan Perubatan Tropika London meramalkan, sekiranya kerajaan melaksanakan ‘pelan B’ iaitu pekerja diarahkan bekerja dari rumah dan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat serta pengangkutan awam, jumlah kematian dan jangkitan akibat Covid-19 mungkin dapat dikurangkan sehingga 25,000 kes.

Selain itu, menutup sejumlah tempat hiburan dan mengenakan sekatan perhimpunan seawal tahun depan juga boleh mengurangkan kadar kemasukan pesakit ke hospital dan kematian.

Namun, barisan kepemimpinan cuba menafikan keadaan itu dengan menyatakan tiada bukti menunjukkan Omicron menyebabkan peningkatan kematian dan kemasukan ke hospital.

Ahli Parlimen dari Parti Konservatif, Peter Bone menyatakan, kerajaan perlu berpegang pada beberapa perspektif dan tidak ‘menutup semua jalan’ untuk sesuatu keadaan yang ‘mungkin tidak berlaku’.

“Kita perlukan pendekatan yang lebih seimbang dan biarkan negara membuat keputusan sendiri.

“Setiap keputusan yang dibuat boleh memberi kesan terhadap pelbagai perkara, termasuk kesihatan mental penduduk dan sektor perniagaan,” katanya.

Sementara itu, jumlah penduduk yang masih belum divaksin dianggarkan seramai lima juta dan keadaan itu menjadi antara penyumbang kepada peningkatan kes jangkitan serta kematian ketika ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya