Coldplay umum album terakhir 2025 - Utusan Malaysia

Coldplay umum album terakhir 2025

KUMPULAN Coldplay semasa ditemuramah mengenai album baharu di iHeartRadio Theater di Burbank, California.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Peminat Coldplay menzahirkan kekecewaan mengenai berita kumpulan rock itu akan menghasilkan album terakhir mereka pada 2025.

Lapor The Guardian, ketua kumpulan tersebut, Chris Martin berkata, pengumuman itu dibuat selepas pelancaran album kesembilan Coldplay, Music of the Spheres yang menduduki carta pertama tahun ini.

“Kami akan menghasilkan album terakhir pada 2025 dan selepas itu, saya fikir kami hanya akan melakukan konsert jelajah dan mungkin melakukan beberapa kolaborasi,” katanya.

Pengumuman itu dibuat dalam rancangan The Zoe Ball Breakfast Show di BBC Radio 2.

Coldplay tercalon sebagai kumpulan kegemaran dan artis rock/alternatif 2022 dalam anugerah Brit yang akan diadakan Februari tahun depan.

Sebelum ini, Martin pernah memaklumkan kumpulan mereka hanya mempunyai perancangan menghasilkan tiga lagi album sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 12 album yang dihasilkan.

Peminat tegar kumpulan itu, Thomas Rowson tidak dapat menahan sebak apabila mendengar berita sedih itu.

“Kita semua tahu masanya pasti akan tiba suatu hari nanti. Saya berharap ia tidak akan menjadi terlalu lama dan ini adalah kali pertama mereka meletakkan tarikh spesifik,” ciapnya dalam Twitter.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya