Calon Presiden Korea Selatan mohon maaf berhubung resume palsu isteri - Utusan Malaysia

Calon Presiden Korea Selatan mohon maaf berhubung resume palsu isteri

YOON SUK-YEOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Calon presiden dari parti pembangkang Korea Selatan membuat permohonan maaf berhubung isu resume palsu isterinya semasa membuat permohonan pekerjaan sebagai pendidik tahun lalu.

Isu tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai yang melihatnya sebagai pemimpin politik hipokrit.

Yoon Suk-yeol mewakili Parti Kuasa Rakyat yang merupakan pembangkang konservatif utama yang akan menentang pencabarnya daripada Parti Demokratik, Lee Jae-myung dalam Pilihan Raya Presiden Mac depan.

Kedua-dua calon terpalit dengan kontroversi melibatkan ahli keluarga minggu ini.

Rangkaian berita YTN menuduh isteri Yoon, Kim Keon-hee memalsukan sebahagian daripada resumenya apabila memohon pekerjaan di universiti pada 2007 dan 2013.

Yoon kemudian memohon maaf kepada orang ramai berhubung kontroversi melibatkan isterinya.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya