Budak lelaki terkena tembakan peluru sesat di kepala - Utusan Malaysia

Budak lelaki terkena tembakan peluru sesat di kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDIA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di Pudukkottai, Tamil Nadu cedera selepas terkena peluru sesat di kepala dari tempat latihan menembak berhampiran kawasan itu.

Narthamalai melaporkan insiden itu berlaku ketika kakitangan Pasukan Keselamatan Perindustrian Pusat (CISF) sedang menjalani latihan di pusat itu, lapor India Today. 

Anggota CISF dilaporkan sedang berlatih apabila peluru sesat dari salah satu senapang terkena budak lelaki itu. 

Kanak-kanak itu segera dikejarkan ke Kolej Perubatan Pudukkottai dan kemudian dirujuk ke hospital kerajaan Thanjavur untuk rawatan lanjut. 

Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai K. Pughazhendi itu berada di rumah datuknya yang terletak agak jauh dari tempat latihan. 

Pughazhendi mengalami kecederaan di kepala dan tidak sedarkan diri, manakala pihak hospital masih berusaha mengeluarkan peluru itu. 

Sementara itu, pasukan polis Pudukottai sedang menyiasat dan mengambil keterangan daripada kakitangan CISF tentang kejadian tersebut bagi mendapatkan bukti. 

Pentadbiran daerah itu juga telah mengarahkan untuk menutup sementara tempat latihan menembak tersebut sehingga penilaian dilakukan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya