Boleh ucap Selamat Hari Krismas - MUI - Utusan Malaysia

Boleh ucap Selamat Hari Krismas – MUI

CHOLIL NAFIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI) Bidang dakwah, Cholil Nafis secara peribadi menyatakan umat Islam boleh mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada masyarakat Kristian yang meraikannya.

Cholil memaklumkan, hukum ucapan itu adalah dibolehkan kerana sekadar memberi penghormatan kepada masyarakat Kristian dan bukan mengakui agamanya.

Fatwa yang dikeluarkan oleh MUI pada 1981 sebelum ini mengharamkan umat Islam mengikuti upacara perayaan dan aktiviti Krismas, namun mengucapkan Selamat Hari Krismas tidak salah.

“Saya juga mempunyai saudara beragama Kristian, selain Indonesia juga mempunyai rakyat yang berbilang agama, maka sekadar mengucapkan sambutan tidak menimbulkan masalah.

“Namun, jika tiada kepentingan untuk ucapkannya, tidak perlulah. Kita boleh pilih untuk ucapkan sambutan perayaan itu mahu pun tidak,” katanya.

Cholil juga memberitahu, sejumlah ulama di negara ini mempunyai pandangan berbeza mengenai ucapan Hari Krismas dan perkara itu tertakluk kepada fahaman masing-masing.

Terdahulu, MUI Sumatera Utara melarang umat Islam mengucapkan Selamat Hari Krismas yang disifatkannya tidak sesuai dengan syariat Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya