Bingkai kaca mata Mahatma Gandhi bakal dilelong - Utusan Malaysia

Bingkai kaca mata Mahatma Gandhi bakal dilelong

BINGKAI cermin mata bersadur emas yang dipercayai milik Mahatma Gandhi akan dijual dalam acara lelong. - WILLIAM GEORGE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang bingkai kaca mata yang dipercayai milik Mahatma Gandhi berserta ukiran nama tokoh kemerdekaan India itu bakal dilelong pada harga 10,000 pound (RM55,768).

Lapor Daily Mail, bingkai bersadur emas 10 karat itu dibeli oleh seorang individu di sebuah kedai antik kecil di Ahmedabad, Gujarat di India.

Terdapat ukiran perkataan ‘1/20 10 MK Gandhi’ pada bingkai kaca mata itu dan ia dibeli pada harga 50 pound (RM278.84).

Penjual barang antik itu tidak mampu bertutur dalam bahasa Inggeris, jadi individu tersebut tidak menyedari ukiran yang terdapat pada bingkai kaca mata berkenaan.

Bingkai kaca mata itu kemudian diwarisi oleh anak pembeli yang menetap di England dan kini dia mahu menjual barang antik tersebut menerusi agensi lelongan, William George di Peterborough, Cambridgeshire.

Dilaporkan, sepasang kaca mata bersadur emas yang pernah dipakai tokoh kemerdekaan India itu dijual pada harga 260,000 pound (RM1.4 juta) dalam satu sesi lelongan di Bristol tahun lalu.

“Kaca mata itu diwarisi bersama sejumlah berlian yang belum dipotong dan barang kemas emas daripada bapa penjual.

“Kami berasa sangat teruja untuk membawa barang antik ini ke pasaran tanpa harga rizab,” kata seorang jurucakap dari firma lelongan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya