Biden tidak ‘tunduk’ pada Putin - Utusan Malaysia

Biden tidak ‘tunduk’ pada Putin

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bercakap telefon dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky mengenai konflik negara itu dengan Ukraine di White House, Washington. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: White House sekeras-kerasnya menafikan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden cuba menekan Ukraine supaya ‘menyerahkan wilayah’ kepada Rusia sebagai satu daripada usaha mengurangkan tekanan antara kedua-dua negara tersebut.

Hubungan tegang antara Ukraine dan Rusia terus memuncak sehingga banyak pihak membuat jangkaan Moscow bakal menawan Ukraine dalam tempoh terdekat.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki berkata, AS menjangkakan Rusia menghormati sempadan Ukraine dan Biden juga berharap dapat menyelesaikan konflik antara kedua-dua negara itu menerusi pendekatan diplomatik.

“Diplomatik itu tidak termasuk menekan Ukraine supaya menyerahkan wilayah kepada Rusia dan dakwaan itu sangat melampau,” katanya.

Semalam, agensi berita AP melaporkan, sumber dari White House memaklumkan, pentadbiran Biden dijangka menekan Ukraine untuk ‘bertolak ansur’ bagi meredakan ketegangan yang berlaku.

Terdahulu, Biden mengadakan perbincangan dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky selama hampir 90 minit menerusi telefon.

Kedua-dua pemimpin itu cuba  mencari kaedah penyelesaian terbaik untuk meredakan konflik yang berlaku dan Biden mengulangi pendiriannya untuk membantu Ukraine sekiranya Rusia menyerang negara itu.

Dalam pada itu, Psaki memberi jaminan White House akan meneruskan tekanan terhadap Rusia bagi ‘membebaskan’ Ukraine dan tidak teragak-agak mengenakan sekatan ekonomi sekiranya Moscow bertindak di luar kawal.

Sementara itu, Kementerian Luar Rusia menuduh Ukraine mengukuhkan ketenteraan dan menolak untuk mengadakan rundingan damai. – AP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya