Beli pemegang pasport, dapat sekali sijil vaksinasi Covid-19 palsu - Utusan Malaysia

Beli pemegang pasport, dapat sekali sijil vaksinasi Covid-19 palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CONNECTICUT: Seorang lelaki tidak menyangka dia akan mendapat sijil vaksin Covid-19 palsu selepas membeli pemegang pasport menerusi Amazon.

Lelaki yang enggan dikenali itu berkata, sijil vaksinasi palsu itu lebih besar berbanding saiz sijil sebenar, namun mempunyai butiran yang sama.

Sijil itu juga mempunyai logo Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat, namun butirannya tidak berisi.

Sehubungan itu, dia membuat laporan kepada Amazon dan syarikat itu menurunkan penjualan pemegang pasport berkenaan.

Dalam pada itu, semua penduduk di Connecticut yang sudah lengkap divaksin mempunyai rekod digital dan perkara itu dilaksanakan bagi mengelak pihak tidak bertanggungjawab menggunakan kad vaksinasi palsu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya