Bayi baru lahir dibuang dalam hutan - Utusan Malaysia

Bayi baru lahir dibuang dalam hutan

BAYI berusia dua hari ditemukan masih hidup walaupun dipenuhi luka dan gigitan serangga dalam hutan.-VIRAL PRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang bayi yang baru dilahirkan dua hari ditemukan masih hidup walaupun dipenuhi dengan gigitan serangga di hutan terpencil di Thailand.

Bayi yang dipenuhi lebam di wajahnya ditemukan oleh penduduk kampung yang sedang menoreh getah di wilayah Krabi, Ahad lalu.

Bayi malang itu ditemukan dalam keadaan bogel dan terbaring di atas daun pisang di atas tanah.

Penduduk kampung kemudian menyelamatkan bayi itu sebelum dia mula menangis selepas membuka matanya.

Mereka juga menunggu ketibaan paramedik kerana tidak mahu merisikokan nyawa bayi itu sekiranya dibawa pulang ke kampung terlebih dahulu.

Bayi perempuan itu dibalut dengan selimut biru dan diletakkan di atas pengusung sebelum dibawa ke hospital.

Bayi itu mengalami dehidrasi dan diletakkan di bawah pemantauan rapi.

Bayi itu dilaporkan masih hidup walaupun ditemukan di kawasan yang berbahaya dan berisiko dimakan haiwan berbahaya seperti ular.

Bahkan, dengan suhu yang boleh melonjak sehingga 35 darjah Celcius juga boleh mendatangkan risiko maut terhadap bayi tersebut.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, usaha mengesan ibu bayi itu tanpa sebarang kamera litar tertutup di kawasan sekitar adalah sukar.

Malah, usaha menjejak kesan tapak kaki wanita tersebut juga sangat sukar.-VIRALPRESS

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya