Bapa tetak anak dengan kapak sampai mati - Utusan Malaysia

Bapa tetak anak dengan kapak sampai mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki di daerah Kallakkurichi, Tamil Nadu didakwa menetak anaknya hingga mati kerana bertengkar mengenai hasrat mangsa yang mahu melangsungkan perkahwinan.

Lapor India Today, kejadian berlaku ketika Kesavan, 65, dan anaknya, Sivamani, 30, dalam keadaan mabuk.

Kesavan dan isterinya, Palaniyammal, 60, bekerja sebagai buruh harian dan turut mempunyai dua anak perempuan lain, Sivagami dan Sonia.

Sivamani juga dilaporkan bertengkar dengan ibu bapanya berhubung soal wang yang dihantar kepada keluarganya semasa dia bekerja di luar negara selama tiga tahun.

Pertengkaran itu berakhir dengan Kesavan menetak anaknya sampai mati dengan kapak.

Sejurus selepas itu, Kesavan melarikan diri dari tempat kejadian.

Jiran mangsa bergegas ke rumah mereka dan mendapati Sivamani terbaring berlumuran darah dan dikejarkan ke Hospital Kerajaan Ulundurpet.

Mangsa disahkan maut dan mayatnya masih ditahan di hospital bagi menjalani proses bedah siasat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya