Bangunan di Osaka terbakar akibat khianat - Utusan Malaysia

Bangunan di Osaka terbakar akibat khianat

JENTERA bomba berada di hadapan bangunan yang terbakar di Osaka.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Pihak polis tidak menolak kemungkinan bangunan komersial yang terbakar di barat Jepun semalam, berpunca akibat perbuatan khianat.

Lapor The Japan Times, pihak polis menerima laporan kebakaran berpunca akibat cecair yang keluar dari beg kertas yang dibawa seorang lelaki yang dipercayai dalam lingkungan 60 tahun.

Kebakaran yang berlaku pada pukul 10.20 pagi (waktu tempatan) berjaya dikawal sepenuhnya setengah jam kemudian.

Pegawai Jabatan Bomba Osaka, Akira Kishimoto berkata, seramai 27 individu dikhuatiri maut akibat kegagalan jantung dan paru-paru berfungsi dengan melibatkan 17 lelaki dan 10 wanita.

Sehingga petang semalam, pihak berkuasa mengesahkan seramai 19 orang terkorban.

Kebakaran berpunca dari tingkat empat yang menempatkan sebuah klinik di bangunan setinggi lapan tingkat di kawasan pusat beli-belah dan hiburan di bandar Osaka.

Rakaman video menunjukkan asap memenuhi ruang tingkap di tingkat empat bangunan itu.

Seorang saksi memberitahu dia terlihat seorang wanita menjerit meminta pertolongan dari arah tingkap.

Tingkat lain di bangunan yang terbakar itu turut menempatkan salon kecantikan, kedai baju dan sekolah Bahasa Inggeris.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya