Badan lelaki hancur dimamah jerung di California - Utusan Malaysia

Badan lelaki hancur dimamah jerung di California

PAPAN tanda peringatan yang diletakkan di lokasi kejadian selepas kawasan pantai itu ditutup. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Pihak berkuasa California menutup beberapa pantai di daerah San Luis Obispo selepas seorang lelaki berusia 31 tahun maut akibat diserang jerung pada Jumaat lalu.

Insiden itu menjadi kes kematian pertama akibat serangan jerung sejak 18 tahun lalu di kawasan tersebut.

Semalam, pihak berkuasa masih berusaha menghubungi keluarga mangsa sebelum identitinya didedahkan.

Pengarah Kawalan Pelabuhan Morro Bay, Eric Enderby berkata, insiden itu amat dikesali dan ketika kejadian, cuaca buruk serta angin kencang, menyebabkan tidak banyak peluncur berada di pantai.

“Kami tidak dapat bayangkan apa akan berlaku sekiranya ramai peluncur berada dalam air ketika serangan jerung berlaku,” katanya kepada The Guardian.

Enderby juga memaklumkan, beliau tidak pasti sekiranya ada saksi menyaksikan kejadian itu.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pasukan paramedik tiba.

Kejadian itu berlaku selepas beberapa siri serangan jerung yang tidak meragut nyawa.

Kes serangan jerung yang meragut nyawa kali terakhir direkodkan pada Ogos 2003, melibatkan seorang wanita berusia 50 tahun.

Sementara itu, Enderby mengingatkan, kehadiran anjing laut di kawasan pantai merupakan petanda ada jerung berhampiran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya