Badan berkecai disedut pam air - Utusan Malaysia

Badan berkecai disedut pam air

LOKASI mesin pam air di kawasan tepian Sungai Ogan, Jakabring, Palembang. -KOMPAS.COM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PALEMBANG: Seorang pekerja di Syarikat Air Minuman (PDAM) Tirta Musi di Palembang, Sumatera Selatan, maut selepas disedut mesin pam air di tebing Sungai Ogan.

Lapor Kompas.com, kejadian berlaku ketika mangsa yang berusia 41 tahun sedang memasang mesin pam air milik PDAM di lokasi tersebut.

Ayah mangsa, Bahusin, 53, memberitahu ketika kejadian mangsa menyelam menggunakan pemampat oksigen sebelum alat itu terputus yang menyebabkan dia tersedut ke dalam mesin.

Bahusin yang khuatir dengan keselamatan anaknya terus menyelam dan terkejut melihat anaknya maut dengan beberapa bahagian tubuh mangsa sudah berkecai.

Bahusin kemudian lantas naik ke permukaan dan meminta pertolongan daripada pekerja lain untuk mencari bahagian tubuh anaknya yang belum ditemukan.

“Sebahagian tubuhnya sudah ditemukan, manakala, tangan, kaki dan kepala mangsa belum dijumpai lagi. Harapnya seluruh bahagian tubuh anak saya ditemukan.

“Kami sudah melapor kepada pihak polis untuk meminta pertolongan,” katanya.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya