Australia sekali lagi rekod peningkatan kes Covid-19 - Utusan Malaysia

Australia sekali lagi rekod peningkatan kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Negeri New South Wales sekali lagi merekodkan peningkatan kes jangkitan Covid-19, menyaksikan pertambahan jumlah pesakit dimasukkan ke hospital manakala ribuan penduduk diarahkan berkurung di rumah.

Negeri ini merekodkan sebanyak 6,394 kes jangkitan baharu, meningkat dari 6,288 kes sehari sebelum dan peningkatan itu dicatatkan berlaku sejak dua minggu lalu.

Lebih 70 kes jangkitan di beberapa negeri Australia melibatkan varian Omicron, namun pihak berkuasa kesihatan tidak dapat memastikan lonjakan kes di New South Wales disebabkan oleh Omicron atau sebaliknya.

Menteri kesihatannya, Brad Hazzard berkata, penularan Omicron di negeri ini sudah dijangka dan penyelesaian terbaik ketika ini adalah melengkapkan vaksinasi dan mengambil dos penggalak.

Pihak berkuasa merekodkan 458 kes aktif di hospital di seluruh negeri, iaitu meningkat mendadak dari 388 sehari sebelum, dengan 52 pesakit dalam unit rawatan rapi.

Victoria, negeri kedua paling padat di Australia, mencatatkan 1,608 kes jangkitan baharu dan dua kematian.

Sementara itu, lebih 30,000 penduduk di negeri itu terpaksa menyambut Krismas di rumah kerana penularan Omicron. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya