Asia Barat paling banyak bela anak citah secara haram, seludup dari Somaliland - Utusan Malaysia

Asia Barat paling banyak bela anak citah secara haram, seludup dari Somaliland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HERGEISA: Dianggarkan sebanyak 300 ekor anak citah di Somaliland menjadi mangsa penyeludupan haiwan bagi dijadikan binatang peliharaan setiap tahun.

Berdasarkan data yang diperoleh dari Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi, terdapat kira-kira 6,700 citah dewasa yang hidup liar di seluruh dunia dan populasinya semakin menurun.

Reuters melaporkan, induk citah sering dibunuh dan anak-anaknya diburu untuk dijual sebagai haiwan peliharaan eksotik di Asia Barat.

Dianggarkan 300 anak citah akan dijual ke beberapa negara Asia Barat setiap tahun susulan permintaan tinggi.

Ketua Pemuliharaan Citah (CCF), Dr. Laurie Marker berkata, empat hingga lima ekor anak citah sering mati sebelum diserahkann kepada pihak pembeli dan keadaan itu amat merugikan.

Sehubungan itu, agensi tersebut bersama pihak berkuasa Somaliland bertungkus-lumus menghentikan penyeludupan anak haiwan terancam itu bagi melindungi populasinya.

“Banyak anak citah mengalami masalah kesihatan termasuk kekurangan kalsium kerana putus susu dari induknya.

“Keadaan itu lama kelamaan menyebabkan anak haiwan itu mati dan akibatnya, populasi citah semakin menurun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya